Apahal ler minah ni?
Dok tertengok-tengok aku dari tadi...
Nak cakap aku ni hensem, memang hensem pun... :)
Zip seluar aku terbukak ker? Aku cek jugak zip seluar aku, tapi check cara coverline ler, seolah2 mcm aku menyapu debu kat seluar. Ahakzz..
Dia tengok semacam jer... Dia kalo tengok sebab minat, lain cara tengok dia...
(tapi cun tu, so, kira okay ler jugak kalo mano tahu tetiba leh kenal ke...)
Tapi... Dia ni tengok aku semacam je... bukannya tengok minat, tengok macam nak makan aku je nampak gayanya...
Ah, lantak ler..
Tetiba jer, awek tu datang kat aku dan terus menggoncangkan badan aku!!!
Woit? Apo nih?
"Joe... Joe..." dia kata sambil menggoncang badan aku...
Eh boleh tahu plak nama aku? Masa bila lak aku kenal awek nih?
Eh... aku pun tersedar... lor... mimpi rupanya.
"Joe.. bangun-bangun, sahur sahur..." lor... si Husin rupanya. Budak umah aku.
Potong stim betul lah... Baru nak 'feel' mimpi aku tu...
Aku capai jam loceng aku, dah kul 4:45 pagi...
Si Husin ni, kalo korang nak tahu, dia memang antara yang paling awal sekali bangun dalam umah ni. Kalo nak mintak kejut ke, apa ke, memang mintak tolong dia ler.
So, dah siap2 semua, aku pun kuar ler dengan Husin, gi sahur kat kedai mamak kat tepi jalan Fortuna tu...
StomperNet Stomping The Search Engines DVD
Kepada sesapa yang belum mendapatkan lagi DVD StomperNet nih, baik dapatkan sekarang sebelum 15 September sebab mengikut kata StomperNet, DVD ni diorang akan tarik balik bonus-bonus yang ditawarkan pada 15 September, so DVD masih boleh dapat secara percuma, cuma bonus-bonus tu takde le lagi.
So, apa tunggu lagi, sebab DVD ni free jer, (walopun ada continuity program dimana korang kalo nak sambung langganan, korang akan dicaj USD 39.99 sebulan untuk mendapatkan langganan majalah Net Effect. Tapi, kalo korang tanak melanggan pun takpe, buat macam aku, sebelum dia bil untuk bulan seterusnya, cancelkan langganan tu.. So takdelah kena bil lagi (cuma dapat Majalah Net Effect bulan pertama je lah).
Benda ni tak salah pun, memang StomperNet benarkan pun kalo korang nak cancelkan langganan, so just dapat DVD StomperNet dan jugak Majalah Net Effect Edisi pertama jelah. (Kalo korang nak cancel dan tanak amik bulan kedua, make sure korang hubungi StomperNet sebelum billing cycle yang seterusnya, takut nanti kena caj plak kat kredit kad korang).
Korang boleh dapatkan DVD StomperNet tu kat sini
Kena Usha dan Sahur StomperNet
Posted by Joe Cool at 12:00 AM 0 comments
Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Ya, agak lama jugak aku tak menjenguk blog aku nih... sebok ckit, time bulan posa ni banyak pulak projek... nak siapkan tu, nak siapkan nih... banyak nak kejar deadline....
Dikesempatan ni, aku rasa masih tak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. So, di bulan yang mulia ni, marilah kita pertingkatkan amalan ibadah kita semoga mendapat keredhaanNya. Insya Allah, disamping kita bermuhasabah diri demi kebaikan agama, diri dan negara tercinta...
StomperNet - Stomping The Search Engines 2
Baru-baru nih (dalam minggu lepas), aku ada order DVD Fizikal daripada StomperNet. Tajuk DVD ni ialah Stomping The Search Engines 2. Untuk pengetahuan korang, Pengeluar DVD ni, (iaitu StomperNet) dianggotai oleh 2 pakar SEO iaitu Brad Fallon (disebut Faylearn) & Andy Jenkins. Yang mamat Brad Fallon ni, (yg berdiri kat belah kiri tu) kalo aku tengok sekali imbas, ada macam rupa pelakon Omputeh tu, Luke Wilson, kan? Ada rupa dia kan? Si Luke Wilson ni berlakon banyak jugak citer yang popular, antara yang paling best ialah Blue Streak.
Okay, berbalik balik kepada StomperNet nih, diorang duorang ni memang "otai" dalam bab SEO iaitu Search Engine Optimization. So, DVD ni sebenarnya bukannya beli pun sebenarnya, aku cuma perlu bayar shipping cost dalam 20 dollar (kalo tak silap, aku pun dah lupa) dan StomperNet akan hantar DVD tu ke rumah si pembeli. So, lebih kurang macam FREE ler DVD tu... cuma bayar kos penghantaran jer...
Skang ni aku perasan, dah ada segelintir Internet Marketer yang buat taktik macam ni (iaitu taktik cuma bayar harga penghantaran, DVD diberikan percuma).. antara Internet Marketer yang aku kenalpasti yang buat taktik macam ni ialah Frank Kern, Mike Filsaime, Joel Comm, Nick Marks, Russell Brunson dan yg terbaru nih, si mamat StomperNet ni ler... Dah jadi semakin popular lak aku tengok.
Taktik Licik
Tapi jangan salah sangka, walopun nampak macam diorang ni rugi, tapi sebenarnya tidak, sebab selepas je korang bayar harga shipping DVD tu, korang akan di 'serang' dengan pelbagai upsell daripada diorang yang jika dikira, upsell tu adalah jugak mencecah hingga ke USD 300 gak! Tapi tu terpulang pada korang ler nak amik upsell tu ke tak...
Macam aku, aku tak ambik pun upsell tu, sebab mahal beb... time aku nak membayar shipping saja pun aku dah fikir-fikir 2, 3 kali, apakan lagi nak amik upsell dia.
(Tapi serius kalo finance membenarkan, memang aku akan amik jugak upsell tu sbb StomperNet ni memang terkenal dikalangan para Internet Marketer kerana kepakaran mereka didalam SEO. So bak kata omputeh, "You're dealing with the best in the business"... Pandai pulak aku nak berspeaking nih... :) )
Samada korang amik ke tak upsell tu, tu terpulang kepada korang, tapi aku kena btau korang sesuatu, bahawa dengan hanya membayar shipping kepada DVD nih, korang akan mendapat bonus daripada otai2 Internet Marketer seperti Mike Filsaime, Jeff Walker dan sebagainya! So memang rugi sangat kalo tak dapatkan DVD percuma ni. Kat sini aku letakkan senarai bonus yang korang akan dapat bila korang mendapatkan DVD ni.
- Yanik Silver (2 copy "Underground Secret Society")
- Jeff Walker (Siri Teleseminar untuk Pelancaran Produk)
- Ed Dale (Sebulan keahlian kepada The Imeddiate Edge)
- Mike Filsaime (Launch Secrets)
- Paul Colligan -(Media Uber Pack)
- Jeff Johnson (latihan SEO berjumlah USD $1000)
- Eben Pagan (Teknik Memujuk + Surat Jualan)
- Rich Shefren (Misteri??? $500)
- Brad Callen (Article Submitter Gold)
- Trey Smith (AutoLauncher 2)
- Shawn Casey (Affiliate Story)
- Jeff Mulligan (Quickies Profits)
Masih ada lagi
Disaat posting ni ditulis, DVD tu StomperNet ni masih ada lagi, so kalo korang nak mendapatkan DVD nih, korang boleh klik kat link kat bawah ni (ni bukan link affiliate aku). Link kat bawah ni, untuk pengetahuan korang, adalah link kepada seorang lagi Internet Marketer yang tidak kurang hebatnya juga iaitu Howie Schwartz... Mamat Howie ni, pun pakar SEO jugak, dan kalo sesiapa yang order melalui link dia nih, bukan sahaja akan dapat DVD Stomping the Search Engine 2 daripada StomperNet, malah akan dapat juga bonus yang disediakan oleh mamat Howie Schwartz ni yang tak kurang hebatnya juga....
Aku malas nak sebut bonus2 yang ditawarkan oleh si Howie... korang tengoklah sendiri. So dah ler dapat DVD Stomping The Search Engine 2, dapat la pulak lagi bonus si Howie ni... okay apa? Okay, ni link dia
http://www.stompingeveryone.com/
Thursday, September 11, 2008
Posted by Joe Cool at 5:47 AM 0 comments
Labels: Andy Jenkins, Brad Fallon, Puasa, Ramadhan, SEO, StomperNet


